Thursday, November 22, 2007

Cuti tak lulus...

Seperti hari² biasa, aku dok dalam bilik sejukku (20°C) membuat kerja harianku di ofis (ada ke patut si muRni ni suruh aku masuk dalam oven untuk panaskan diri). Sambil² tu aku chat la di mSpeek MobileIRC. Lepas gelak² dgn qaseh, shybielen & murni, aku teruskan dgn kerjaku yg memula. Skrg ni aku tgh revise balik semua ilmu² html, css & java utk memastikan diriku tidak terlupa apa² pun sbb aku nak mula belajar PHP. Ini semua pun atas dorongan dan kerjasama NeoTech a.k.a din.

Tapi apa yang lebih memeranjatkanku ialah apabila HR Exec masuk bilikku utk menyerahkan borang cuti yg aku baru isi semalam. Ianya ditolak/direject oleh Accounts Manager aku. Hampeh sungguh. Plan yg aku buat utk isteri aku pada 3/12 tergendala. Accounts Managerku mmg jeles sket dgn aku kot sbb tu taknak luluskan cuti aku itu. Konon² sebabnya utk mereject cuti aku tu ialah sistem baru company aku ni bakal nak live, jadi aku kena on standby. Bukannya aku taktau, sistem baru ni takley nak live skrg sbb masih ada byk masalah. Sbb tu aku apply. Setahu aku, sistem baru company aku ni hanya mungkin dpt live tahun depan shj. Mungkin dia jeles sebab dia belum lagi berkahwin sedangkan dia sudah melewati umur 33thn (kalau tak silap aku). Oh, lupa plak aku nak cakap, dia adalah seorang perempuan. Hihihi...

Tapi lantaklah dengan semua itu. Aku terpaksa mengubah plan aku. Aku terpaksa ubah plan aku ke 2 Disember sebab sambut awal sket should be okla kot. Hihihi. Tak sabar rasanya aku untuk membuat kejutan pd isteri aku ni. That's all for now...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena