Saturday, December 01, 2007

NeoTech Bertunang!


*Puk pak, kepung kepung kepung kepung kepung, pak pak pak pak pak pak pak pak, ketepung ketepung ketepung, pak pak pak pak pak pak pak pak pak*

Selamat Bertunang NeoTech @ Din! Akhirnya kawan baikku yg sorang ni sudah mula nak berlabuh. Sekarang ni dia dah bertunang dengan wanita idaman beliau, fa. Tak sabar plak rasanya nak merasa nasi minyak mereka ni. Sepanjang perkenalan aku dengan mereka berdua, memang mereka serasi kerana kedua²nya mempunyai minat yang hampir sama. Dengan kata lain, dah jodohla katakan. Hihihi.

Mereka berdua ini mula berkenalan kiranya atas bantuan/sumbangan Two-P Technology dan Celcom SMS Chat. Pada mulanya, mereka berdua ini bercinta dalam senyap tapi akhirnya terkantoi dengan Khairul/C3/DarkSoul (seorang pekerja di Two-P Technology). Maka, apabila dah terkantoi, kesemua yg mengenali mereka ini pun mendapat perkhabaran baik ini. Ala, perkara baik buat apa disorok²kan, btul tak? Apa²pun, aku dan isteri aku ingin mengucapkan Selamat Berkasih Sayang, cepat² berkahwin dan semoga jodoh anda berdua berkekalan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin...

Photo source: http://www.mohdneotech.com/

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena