Saturday, November 20, 2010

20.11.2010 @ Alamanda

Awal2 pagi aku dah sibuk bersihkan rumah & aircond. Agak memenatkan sebab kakiku masih sakit. Lepas bersihkan rumah, aku bawa family aku lunch kat Gerai Cili Padi di Bukit Cheras, tempat kegemaran isteriku terutamanya bila mengandung. Hehehe.


Lepas makan, kami dah takde rancangan. Jadi, kami hentam je pergi ke Alamanda memandangkan aku dah lama tak ke sana. Jalan takde jem & parking banyak kosong, maka senanglah hatiku. Sampai je sana, dah terpaksa layan Qistina yang pantang nampak mainan bebudak yang masuk duit tu terutamanya kuda pusing. Hehehe.

(Qistina berjaya mengharungi titian tali tanpa bantuan di Fun Land, Alamanda)

Akhirnya kami sampai kat depan ToyCity dan dia berkenan pulak dengan set
accessories mainan. Yang kelakarnya dia ingat kamera mainan dia tu real punya dan bila ditekan2 dan tak nampak apa2 display, dia kata kamera tu rosak. Hihihi...



Lepas penat melayan Qistina, kami sekeluarga ke Kenny Rogers Roasters untuk makan malam pula. Qistina tak menang tangan nak main mainan baru dia sambil makan...




(Aksi comel kedua-dua insan tersayangku)

Lepas makan malam, kami terus cepat2 cabut balik sebab isteriku nak tengok Mari Menari. Hehehe..

-End of Day-

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena