Wednesday, November 24, 2010

Festival Malaysia Inovatif 2010

Seperti biasa, balik kerja aku akan melalui parkir Bukit Jalil. Hatiku tetap musykil dengan persiapan yang diadakan di parkir Bukit Jalil selama 4 hari bermula dari hari Isnin lepas. Ketika balik hari ini, segala kemusykilanku dah terjawab, rupa2nya Festival Malaysia Inovatif 2010 anjuran Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Aku tak masuk ke dalam 'gaung' buatan manusia tu tapi hanya melihat kiosk2 yang terletak di luar.

Mataku tertarik pada booth Proton yang mempamerkan kereta2 yg diubahsuai hasil idea2 kreatif serta berinovasi dari rakyat Malaysia. Kereta2 tersebut memang bukan untuk dipandu tapi hanya untuk menunjukkan betapa kreatifnya idea mereka. Hatiku tertanya, kenapa tak diupah je mereka2 ini sahaja untuk memberi idea untuk rekabentuk kereta2 nasional yang baru?

Lihat sahaja gambar dibawah ini...


Dan akhir sekali, betul2 sebelum aku beredar dari situ, tetiba mata aku terpaku kat Evo. Bila tengok betul2 rupa2nya itulah 'Evo' yang sedang hangat diperkatakan dalam pasaran Malaysia, Proton Inspira, di depan mataku...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena