Pada 13 November lepas, department aku (Group Information Systems, Alliance Bank) buat Team Building kat Legend International Water Homes, Port Dickson. Ianya merupakan satu acara yang sangat happening tapi malangnya pada petangnya ketika free & easy, kami aturkan Beach Soccer dan ketika bermain, kakiku terpeleot (terkehel). Akibat itu, bahagian buku laliku membengkak hingga sekarang dan aku masih takley berjalan laju apatah lagi berlari. Bila jumpa doktor, dia kata ligemen dah koyak!! Fuh...
Tapi aku berterima kasih kepada semua kawan2ku Shaiful, Amir, Tarmizi & Bobo (rakan sebilik ketika di Team Building) atas keperihatinan mereka. Tidak lupa juga pada kawan2 baikku di opis iaitu Nadiya, Zarina, Helmi & Awanis, yang juga perihatin dan banyak memberi nasihat dan tips untuk cepat sembuh. Mereka menyarankan aku untuk cuba ubat sapu Voltaren Emugel kerana dikatakan sangat mujarab dan boleh kurangkan bengkak dalam masa singkat. Jadi, hari ini aku mula menyapukannya. Terima kasih kepada Nadiya kerana sponsor Voltaren Emugel miliknya.
Mari kita lihat keputusannya dalam seminggu ni...
IT'S OVER BUT PASSION IS STILL A PASSION
11 months ago
You are most welcome! Hopefully it helps...kalau x,better go & see doc again ya!
ReplyDelete