Monday, November 29, 2010

Qistina @ Konsert Taska 2010

Semalam ialah hari konsert untuk graduan Tadika Tunas Harmoni 2010 (bawah naungan pemilik taska dimana Qistina pergi). Qistina mengambil bahagian dalam 2 persembahan untuk acara tersebut. Walaupun dia merupakan peserta termuda (2 tahun, yang lain-lain berumur 3-6 tahun), dia tetap berani melakukannya. Tu dia, dia lah yang paling rendah jika dibandingkan dengan yang lain. Hehehe... Seronok plak bila tengok Qistina pandai berlakon.




Persembahan kedua Qistina plak, dia menjadi kupu-kupu. Untuk tarian kupu-kupu ni, dia dah berlatih lama kat sekolah sampai dibawa2 ke rumah. Dalam rumah asyik praktis aksi kupu-kupu dia tu. Walaupun simple bagi kita, tapi untuk tahap Qistina, aku tau bukan senang dia nak ingat step2 tersebut mengikut turutan yg diajar guru tadika. Ni hasilnya...





Akhir sekali, tibalah acara yang dinantikan semua pelajar tadika, upacara penyampaian sijil & hadiah. Tak sangka Qistina yang sepatutnya tak termasuk pun terima hadiah. Bukan main seronok bila Qistina dapat hadiah tu. Biasalah, bila dia dapat hadiah, memang dunia ni dah macam dia yang punya. Walaupun hadiah tu lebih kurang separuh saiz dia. Hehehe...







Gambar yang terakhir sekali ni pula ialah acara penutup iaitu upacara menyanyikan lagu Happy Birthday sempena harijadi salah seorang pelajar tadika. Lepas aku tengok balik semua gambar ni, tak sangka Qistina dah besar panjang dan pandai mendengar arahan walaupun pada umurnya yang masih lagi 2 tahun.

1 comments:

  1. She is so adorable! Congrats Qistina...you such a brave girl! Congrats to the mummy and daddy for the well done job too! :-)

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena