Friday, November 26, 2010

Qistina @ Pre-Graduasi Tadika

Semalam, isteri aku terima panggilan dari Pn Mariam (Pemilik Taska Hada) meminta kebenaran untuk bawa Qistina ke Subang untuk latihan persembahan graduasi Tadika. Rupa2nya Qistina merupakan student paling muda dalam persembahan tersebut dan satu2nya peserta dari taska. Sungguh terharu aku & isteriku bila mendengar berita tersebut bercampur perasaan risau kerana dia akan pergi agak jauh dan bersama orang yang bukan dari ahli keluarga kami.

Bila kami balik dari kerja, terus kami berbincang tentang perihal memberi kebenaran kepada Tadika Hada untuk membawa Qistina ke latihan persembahan tersebut. Akhirnya kami bersetuju untuk "meluluskan permohonan" tersebut. Aku macam nak mengalir air mata bila mengenangkan yang Qistina rupa2nya dah besar & bijak memikir serta mengikut arahan cikgunya. Mengikut kata cikgunya, Qistina senang mendengar kata dan sebab itulah dia terpilih untuk terlibat dalam persembahan tersebut.

Pagi tadi semasa aku menghantar Qistina ke taska, aku tak berhenti memberi nasihat kepada dia untuk sentiasa mendengar arahan cikgu & supaya jangan mengikut orang lain selain cikgunya. Qistina asyik mengangguk. Menurut Pn Mariam, semua peserta akan bertolak ke Subang pada jam 8.30am.

Jam 1.30pm, aku mendapat SMS dari isteriku yang mengatakan Pn Mariam memberitahu bahawa Qistina sudah selamat tiba di taska. Pn Mariam kata Qistina sangat seronok ketika latihan di sana & semua orang suka tengok telatah dia. Syukur alhamdulillah Qistina selamat sampai... Amin...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena