Thursday, November 25, 2010

Ragut di Bukit Jalil

Parking di Stesen LRT Bukit Jalil buat minggu ini agak menyusahkan kerana kami terpaksa parking di Parkir C, kerana Parkir A digunakan untuk Festival Inovatif 2010 dan Parkir B direserve untuk pengunjung festival tersebut. Jadi perjalanan dari Parkir C ke Stesen LRT Bukit Jalil agak jauh & lengang.

Lebih kurang jam 8.00 pagi tadi, sedang aku berjalan ke Stesen LRT Bukit Jalil, aku menyaksikan kes ragut dalam jarak 150-200 meter dari aku (Parkir B). Mangsanya adalah seorang wanita berbangsa India dalam umur lingkungan 20-an dan peragut tu adalah 2 orang berbangsa Melayu bersenjatakan parang dan menaiki motosikal. Jarak aku yang agak jauh dan ditambah lagi dengan masalah kakiku yang masih sakit akibat terpelecok 2 minggu lepas, menyebabkan aku hanya dapat melihat sahaja.

Aku hanya dapat menjerit "Oi" sekuat hatiku dengan harapan peragut tu terus cabut, ternyata sia2 sahaja kerana mereka hanya pandang aku, dan kemudian meneruskan aksi menari handbag wanita terbabit kerana melihat aku terlalu jauh dari mereka. Mereka akhirnya berjaya mendapatnya dan cabut. Aku kemudiannya hanya dapat membantu wanita tersebut dengan meminjamkan handphoneku kepada dia untuk menelefon ayahnya dan kemudian meneman dia berjalan ke arah Stesen LRT Bukit Jalil untuk menunggu ayahnya datang membantunya.

Kesian pada wanita terbabit kerana dia cedera di tapak tangan dan kaki akibat terjatuh dan diseret peragut. Aku menenangkan dia dengan mengatakan bahawa dia patut bersyukur kerana dia masih mempunyai benda paling penting iaitu nyawanya kerana kalau dia bergelut lebih lama dengan peragut terbabit, dikhuatiri peragut itu akan menetaknya dengan parang. Duit boleh dicari, tapi nyawa tidak akan kembali. Aku kemudiannya meminta maaf kerana tidak dapat banyak membantu.

Kepada semua yang membaca ini, aku ingin menyarankan supaya anda lebih peka dengan keadaan sekeliling dan jika boleh, jangan berseorangan ketika berjalan. Cuba cari teman atau tunggu hingga ada orang lain untuk berjalan seiring....

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena