Tuesday, November 16, 2010

Teka Teki

S : Apa dia: ayam di luar, ikan di dalam?
J : Ikan sardin cap ayam.

S : Bebanyak tempat, dimanakah air tidak pernah cerah?
J : Ayer Hitam (Air Hitam)

S : Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa?
J : Ikan jadi banyaklah.

S : Bebanyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut?
J : Ikan kembung.

S : Apa dia: bila kecik dia hitam, bila besar jadi putih?
J : Michael Jackson.

S : Bebanyak singa, singa apa yang tak makan daging?
J : Singapura.

S : Kenapa hidung lembu sentiasa berair?
J : Lembu tak tahu nak kesat hidungnya dengan tisu.

S : Burung apakah yang paling penyayang?
J : Burung belatuk... sebab dia bela atuk.

S : Lembu apakah yang selalu dicari?
J : Lembu apalagi... lembu yang hilanglah.

S : Bom apakah yang tak pernah meletup?
J : Bomba ataupun kuih bom.

S : Kereta apa yang orang tak pernah panggil kereta?
J : Teksi.

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena