Tuesday, December 28, 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Pada hari Ahad lepas, berlangsung perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2010 di Stadium Bukit Jalil. Saya ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah dan melalui kawasan tersebut pada lebih kurang jam 6PM, dan agak terkejut melihat semangat rakyat Malaysia yang ingin melihat pasukan Malaysia menentang Indonesia. Amatlah ramai yang hadir hingga ada yang sanggup parkir kreta mereka di sekitar Astro (ada yang lebih jauh lagi) dan sanggup berjalan lebih kurang 1km semata2 untuk menyokong Malaysia. Chaiyok2! Saya pun bersemangat juga tapi takdelah sampai ke tahap gitu. Hihihi.

Pada jam 8pm, maka bermulalah perlawanan akhir (1st leg) antara Malaysia dan Indonesia. Saya dan isteri menonton bersama perlawanan tersebut dan memang kali ini, saya mengakui bahawa permainan Malaysia amat mantap & bagus sekali. Tidak seperti perlawanan sebelum ini yang agak boring dimana semuanya suka gelecek & bolot bola tu sendiri semata2 untuk mendapat nama. Saya dan isteri, sama2 menjerit gembira ketika melihat pasukan Malaysia kita menjaringkan gol sebanyak 3 kali.

Saya agak kecewa dengan tindakan penonton yang menyuluh laser pointer ke arah penjaga gol Indonesia, agak kebudak2an. Tapi saya juga agak kecewa tika mana kebanyakkan penyokong Indonesia yang menuduh tindakan tersebut dilakukan oleh penonton/penyokong Malaysia. Tiada tangkapan dibuat dan tiada juga bukti yang boleh mengesahkan siapa yang melakukannya, jadi janganlah kita melatah.

Malah, tindakan menyuluh laser pointer ke arah pemain, mula berlaku di Indonesia. Maka kita janganlah tuduh mana2 pihak. Malah semasa penjaga Malaysia disuluh sebegitu, dia tidak pun melatah dan tidak pula dia menyalahkan perkara tersebut walaupun pada ketika itu, Malaysia dibolosi 5 gol.

Ketika membaca sura khabar Berita Harian pada hari ini pula, saya terkejut apabila membaca artikel yang mengatakan bomoh di Indonesia sudah meramalkan ini akan berlaku dan mereka juga menggunakan alasan kekalahan mereka adalah kerana ada ahli perniagaan di Malaysia yang menggunakan khidmat bomoh Thailand, China & India untuk memastikan kemenangan di tangan Malaysia. Wallahualam...

Walau apa2pun, saya dan isteri sangat teruja untuk menantikan perlawanan akhir kedua di Indonesia pada esok hari. Semoga Malaysia menang dan tiada apa2 yang tidak diingini berlaku. Amin...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena