Thursday, December 02, 2010

Krismas di Ofis

Pada Isnin yang lepas, ketika tiba di pejabat, aku agak terkejut melihat pokok krismas kecil yang tersergam indah dan dipenuhi lampu kelip2 di bucu ofis setentang dengan meja boss aku. Rupa2nya boss aku sendiri yang membawa dan menghiasnya pada hujung minggu ketika tiada orang datang bekerja. Dia sememangnya sangat rajin & kreatif orangnya. Siapa sangka, Head of Department buat perkara yang dianggap remeh oleh orang lain.

Aku dan kengkawan pula, hari ini ingin melibatkan diri untuk memeriahkan suasana Krismas yang bakal tiba. Semangat 1Malaysia lah katakan. Pada jam 12.30pm hari ini, aku, Nadiya & Zarina sama2 pergi ke Living Cabin di Pudu. Kami memilih barang2 yang nak dihias di pokok kecil kami serta cermin2 di ofis. Aktiviti ini adalah anjuran Group Employee Engagement (GIS, Alliance Bank) bagi menaikkan motivasi kami untuk datang bekerja. Inilah hasilnya pada pintu bilik kami...


0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena