Wednesday, December 29, 2010

Lagi tentang Piala AFF Suzuki 2010

Topik ini adalah isu hangat buat seluruh warga Malaysia untuk hari ini, dan kerana itulah juga saya menulis lagi tentang ini.

(Julia Perez @ Jupe)

Bercakap tentang Berita Harian isu semalam, ada lagi satu artikel dimana seorang pelakon seksi terkenal Indonesia, Julia Perez (Jupe) berikrar akan mengganggu tumpuan pemain Malaysia dalam perlawanan kedua itu nanti. Dia mengatakan akan membalas dendam atas tindakan peminat bola sepak Malaysia yang melakukan 'serangan' laser. Dia dikatakan akan mengenakan pakaian yang cukup seksi yang menampakkan dada (Coli Berlaser) bagi 'membutakan' mata pemain Malaysia. Katanya. "Saya akan pakai baju belahan dada supaya mereka buta. Ini adalah laser ciptaan saya. Gunakan je gunung kembar biar mata mereka buta".

Malaysia Hari Ini (MHI) pula mengatakan media massa di Indonesia mengatakan bahawa Malaysia mempunyai 2 orang pemain import, satu darinya dilahirkan di Indonesia tetapi dibesarkan di Malaysia dan Kunanlan pula diimport dari India. Terdapat juga banyak rusuhan yang dilakukan oleh peminat fanatik Indonesia yang menyebabkan pemain Malaysia tidak dapat menjalani latihan terakhir mereka di Indonesia. Aduh... Manalah semangat kesukanan peminat Indonesia.

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena