Minggu lepas, aku dan 2 lagi keluarge iparku merehatkan diri di Port Dickson. Semua hotel di sana dah fully booked, dan akhirnya kami bernasib baik kerana Duta Hacienda Palm Spring Hotel mempunyai kekosongan.
Hari pertama tiada aktiviti yang special selain berenang, makan & jalan2 kat bandar. Pada hari kedua, kami pergi ke PD Ostrich Show Farm. Agak best sebab baru pertama kali aku tengok burung unta ni dari jarak dekat & memberi makan padanya. Hihihi...
Dan kami akhiri lawatan kami di PD Ostrich Show Farm dengan memakan Satay Ostrich! Rasanya macam satay daging, cuma sangat manis dan agak liat. :)
IT'S OVER BUT PASSION IS STILL A PASSION
11 months ago
0 comments:
Post a Comment