Sunday, January 30, 2011

Befday Noli & Suraya 2011

Pada Ahad (16 Jan 2011) yang lepas, keluarga iparku mengadakan parti keluarga kecil2an sempena harijadi Noli (7 Jan) & isteriku, Suraya (17 Jan) di Kuala Selangor. Keluarga iparku ini memang agak rapat sket sebab mereka selalu ada get-together event setiap 2-3 minggu sekali.

Pada hari Sabtu, kami ke rumah Kak Uteh untuk mengambil Qistina yang dah seminggu ditinggalkan disana sebab ibunya (gelaran Qistina kepada akak iparku) ingin menjaganya gara2 rindu. Kami hanya bertolak ke rumah Noli pada Ahad pagi esoknya.

 

Setiba di rumah Noli, semuanya dah nak hampir siap. Iskh, ruginya kami tak sampai awal, kalau tidak, banyak dah yang boleh aku tolong. Hehehe.

Makanan2 yang disediakan (kiri) & kek dari delicious-cuppies

Walaupun majlis ini untuk meraikan kanak² dinosaur, tapi kanak² riang yang melebih². Hehehe...

Zahraa yang menikmati makanan (kiri) & Darwisy yang pandai bergaya - baru baik dari pembedahan (kanan)


 Maka, upacara peniupan, pemotongan & segala2 berkaitan dengan kek. Hihihi...



Ini pula kesan sampingan dari aturcara tersebut; sebuah keluarga yang bahagia :)

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena