Monday, January 10, 2011

Facebook tutup pada 15 Mac 2011

13Bebaru ini, terdengar berita tentang Facebook bakal ditutup pada 15 Mac 2011. Ramai kawan2 saya telah share info tersebut ke Facebook Profile tentang berita ini dan ramai juga yang telah mula simpan semua video, gambar, artikel dan bermacam-macam lagi.

Berita yang konon2nya diwar-warkan di website Weekly World News telah mengatakan bahawa Mark Zuckerberg bakal menutup laman sosial terkenal, Facebook kerana terlalu stress untuk mengendalikannya dan Facebook sudah tidak dapat dikawal. Dikatakan juga Mark Zuckerberg tidak tahan melihat banyak perkara buruk terjadi melalui Facebook berbanding dengan kebaikan dan dia juga dikatakan tidak kisah tentang duit yang diperolehinya dari Facebook. Mark Zuckerberg kononnya telah membuat pengumuman ini diluar pejabat Palo Alto miliknya.

Untuk makluman semua, anda tidak perlu risau tentang berita ini kerana 99.9% berita ini adalah palsu atas beberapa sebab dibawah:

  1. Kalau ianya benar, ianya tidak akan disiarkan hanya dalam satu website yang kurang terkenal seperti Weekly World News tetapi juga di semua website berita yang terkenal di seluruh dunia & berita2 di TV. Ianya sebenarnya adalah publisiti murahan website tersebut.
  2. Weekly World News pernah beberapa kali menyiarkan berita palsu seperti Serangan Alien ke atas Bumi pada 2011 dan Megan Fox adalah lelaki.
  3. Walaupun Facebook bukan public listed, tetapi ianya mempunyai beberapa pemegang saham besar dan untuk menutup Facebook, ianya tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan pemegang saham yang lain; malah Mark Zuckerberg hanya memegang suku peratus dari jumlah saham yang terdapat dalam Facebook.
  4. Tiada pengumuman rasmi dalam Facebook yang mengatakan Facebook bakal ditutup.
Makanya, anda janganlah risau dan tak payahlah bersusah payah save semua gambar, video dan bermacam2 lagi.

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena