Wednesday, January 12, 2011

Genting Getaway

Pada Jumaat lepas, aku ambil half day untuk pergi ke Genting bersama keluarga iparku. Ada perlawanan bowling antara Pejabat2 Daerah untuk seluruh Selangor. Kami sampai di Genting pada lebih kurang jam 4PM dan cuaca di sana sangat nyaman walaupun sejuk. Genting dah sediakan Mesin Automated Check-In yang senang difahami dan memudahkan semua proses terutamanya proses menunggu. Selepas kami letak beg di bilik, kami terus berjalan2.



Minggu ini merupakan minggu Maskot di Genting. Mereka ada banyak acara yang melibatkan Maskot2 Genting. Qistina pulak tak abis2 nak tengok Maskot2 tersebut tiap2 kali mereka buat boardwalk keliling kawasan Genting tu. Apa2pun, Qistina sangat gembira kerana dapat main semua permainan kegemaran bersama sepupu2 dia terutamanya Kuda Pusing. :)




Aku dan isteri pula dah 2 tahun tak ke sana. Sampai Snow World dah berwajah baru pun kami tak tahu. Hihihi. Pada malamnya, suasana menjadi kejung. Tak pernah aku merasa sesejuk begitu walaupun dah beberapa kali ke Genting. Di dalam First World Hotel, penunjuk aras suhu menunjukkan 11ÂșC. Cuaca terlampau sejuk hinggakan bukan sahaja manusia merasanya, tetapi juga keretaku. Keretaku tak dapat nak start hingga Ahad pagi gara2 bateri dan enjin kesejukan. Terpaksa aku mendapatkan khidmat mekanik di Genting (bawah Esso) untuk hidupkan keretaku kerana ketiadaan jumper. Menurut mekanik tersebut, aku bukan yang pertama kerana banyak kereta lain yang juga mengalami nasib yang sama. Hihihi. Lawak juga bila difikirkan kerana ianya hanya berlaku pada kereta buatan Perodua dan Proton.


Sekarang, aku dah sampai di rumah dan keretaku sudah tiada masalah tetapi aku dan isteriku, sudah mula ada simptom selesema. Adeh...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena