Thursday, January 20, 2011

Movie Upin dan Ipin Angkasa 2011


Selepas kejayaan filem Geng: Pengembaraan Bermula, Les Copaque akan mengeluarkan buah tangan terbaru mereka untuk peminat-peminat siri animasi Upin dan Ipin. Upin dan Ipin Angkasa akan menemui peminat-peminat di pawagam pada tahun hadapan, 2011. Watak Upin dan Ipin juga akan lebih banyak ditampilkan dalam filem ini berbanding filem Geng: Pengembaraan Bermula. Kos pembikinan filem ini dianggarkan sebanyak RM6 juta atau pun lebih.

Sinopsis pendek Upin dan Ipin Angkasa

Upin dan Ipin serta teman-teman mereka mengikuti lawatan ke Planetarium Negara. Di sana mereka bertemu dengan seorang mahkluk asing dari galaksi lain dan memutuskan untuk mengikuti mahluk asing tersebut dengan menaiki satu pesawat ruang angkasa. Konflik bermula apabila mereka berjumpa dengan musuh baru di angkasa lepas. Untuk sesiapa yang berminat, boleh menonton video Upin dan Ipin Angkasa yang dijangka akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 9 Febuari 2011.

Source: ohmalaysia.com

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena