Monday, January 24, 2011

Rumitnya Memahami Hati Nurani Isteri

Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Takmau bang, bini awak diet...

Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa... Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot. Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Laki : Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini : Memangla orang kata takmau apa-apa... Tapi belikan jerla apa-apa.... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------

Laki : Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini : laaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik keja ni Abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak, tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja, sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben! Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!

Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang. Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii.... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bini : Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Laki : Abang keja lah yang....
Bini : Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang. Pastu abang balik la KL balik

Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq, esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL. Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.

Bini : Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
Laki : ?????

----------------------------------------------------------------
Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer. Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain. Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg? Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih? Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam? kenapa spender ni awak lipat tiga? kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

Bini : Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju... bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Laki : Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
Bini : Alah abang ni... kan baju anak ada 8 bakul tu... Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... Bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Bini : Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena