Tuesday, February 01, 2011

Ariel Peterpan dipenjara 42 bulan


BANDUNG: Penyanyi terkenal Indonesia, Ariel atau nama sebenarnya Nazriel Irham (atas) dipenjara tiga tahun enam bulan dan didenda Rp250 juta (kira-kira RM85,000) atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Daerah Bandung semalam, selepas didapati bersalah menghasilkan dan mengedar video aksi pornografi beliau dengan artis Luna Maya dan Cut Tari.

Keputusan dibaca oleh Ketua Majelis Hakim, Singgih Budi Prakoso dalam mahkamah yang penuh sesak dengan orang ramai serta wartawan, berbanding sebelum ini apabila perbicaraan diadakan secara tertutup.

Sejurus mendengar keputusan itu, beberapa wanita peminat Ariel dalam mahkamah menangis, tetapi penyanyi itu tersenyum seperti sudah menduga hukuman.

Hukuman itu lebih ringan daripada tuntutan pihak pendakwaan yang meminta menjatuhkan hukuman penjara lima tahun. Dalam keputusan itu, majlis tiga hakim sepakat menyatakan Ariel terbukti melanggar Undang-Undang Tentang Pornografi 2008 dan Undang-Undang Jenayah. – BERNAMA

Source: bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena