Monday, February 14, 2011

Family Gathering di Rumahku

Sabtu lepas, keluarga iparku berkumpul di rumah aku untuk majlis makan khas buat keluarga sebelah isteriku. Rumahku menjadi pilihan kerana rumahku adalah yang terbesar dikalangan yang lain. Dengan sebuah bilik khas untuk gym (setakat ini ada 4 alat gym), sebuah bilik sembahyang yang boleh memuatkan lebih kurang 10 orang, sebuah gelanggang badminton, sebuah taman permainan kecil, parkir untuk lebih dari 5 kereta, sebuah pondok pengawal dan yang paling penting, sebuah kolam renang. Alhamdullillah, cukup selesa bagi aku dan keluargaku. Besar, kan? Sebenarnya rumah aku adalah sebuah apartment. Jangan marah yerrr. Hihihi...

Majlis makan kali ini kami buat ala2 port luck yang mana setiap keluarga akan masak beberapa hidangan dan dibawa ke rumahku untuk dikumpulkan dan dimakan bersama. Lebih jimat & lebih sedap sebab mereka akan masak makanan yang mereka memang tau sedap. Ini antara menunya:

Asam Pedas Mentarang (kiri) & Sayur Campur (kanan)
 
Kuih Bingka (kiri) & Makanan Ringan untuk budak2 (kanan)

Cheese Tart dari Delicious-Cuppies (kiri) & Tempoyak Sedap (kanan)


Selepas puas menjamu selera dan berehat, anak2 kami pula seronok dapat bermain bersama ramai2, maka kami meneruskan aktiviti kedua iaitu main bowling bersama di Puchong IOI Mall. Pekerja pusat bowling ini amat terhibur melihat kami bermain kerana ramai antara kami ini agak pakar, pakar cuci longkang. Hehe.




Edisi makan malam akan menyusul di paparan yang seterusnya....

2 comments:

  1. nampak syok je bile ade makanan yang banyak dan suasana yang hapening

    ReplyDelete
  2. it taste delicious cake, I want to make it hehe, salam kawan.

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena