Thursday, February 10, 2011

Family Trip 2011 - Cameron Highland

Pada 3 Febuari (Khamis) jam 4.40pagi, kami sekeluarga bertolak dari Kuala Selangor (rumah Kak Roy) untuk berkumpul di R&R Rawang. Sementara menunggu Subuh, kami 4 sekeluarga menjamahlah makanan yang disediakan oleh para peserta perempuan. Sedaaapppp.... Walaupun hanya drummet, sosej & nugget. Hahaha.

(Bebudak tengah happy di pagi hari)

Lepas Subuh, kami terus bertolak ke Lata Iskandar untuk betul² bersarapan. Tadi tu kira olok² sarapan je. Kami sampai di Lata Iskandar dalam jam 8.30 pagi, kemudian semuanya secara automatik transform jadi ikan piranha. Walaupun menjadi piranha, tapi kami piranha yang pandai berposing. Hahaha...


  

Selepas bersarapan di Lata Iskandar, kami meneruskan perjalanan ke Cameron Highland dan tiba di sana dalam 10.45 pagi. Perjalanan ke Cameron tu sangatlah lancar kerana masih kurang insan² yang bangun pagi. Setiba di Cameron, disebabkan kami terlupa yang kami masih dalam mode ikan piranha, maka kami pergi bersarapan lagi sekali. Ya ya, saya tau - dah 3 kali kami bersarapan. Apa nak buat, dah lapar... :)


Bawah ini pula gambar candid Qistina yang tersipu² malu oleh Mimi (anak buah) sebelum kami check-in di MARDI, Cameron Highland.


Sambungan ekspedisi Cameron di edisi kedua nanti...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena