Sunday, February 13, 2011

Family Trip - Cameron Highland (Part 2)

Inilah sambungan kepada Family Trip - Cameron Highland yang lalu...

Hari pertama kami di Cameron Highland, memang kami tak buat banyak aktiviti kerana kami dah kepenatan. Dah pulak tu, bila check-in kat MARDI tu, rupa2nya apartment (Camelia) yang kami sewa tu tidak berlif. Maka pulak tu, kami dapat bilik di tingkat 3. Lagilah kami 'gembira' sebab dapat gak kami bersenam secara paksa rela. Hihihi. Jadi, marilah kita fast forward ke hari kedua di Cameron Highland.

 (Mimik muka Zahraa konon2 penat naik tangga)

Dalam jam 10 pagi, kami mulakan aktiviti dengan berjalan di kawasan MARDI. Tak banyak yang kami lakukan melainkan berjalan2 di taman MARDI & melihat kebun2 MARDI sambil berposing ala2 kerang busuk. Hihihi...




Selepas berjalan2 di MARDI, kami pergi ke Ladang Strrawberry di Kg Sedia. Tempat ini dikatakan telah diisytihar sebagai ladang yang terbaik tapi bila kami pergi, malangnya tiada apa sangat. Jadi tak lama lepas tu, kami terus ke Ladang Strawberry di Brinchang. Jalan ke sana sesak yang amat dan perjalanan ke sana mengambil masa lebih sejam. Akhirnya bila kami sampai, kami tak berjalan ke mana2 pun. Sebaliknya kami hanya pergi ke The Big Red Strawberry Shop untuk melantak strawberry. Hihihihi...

(Ini menu untuk aku & wifey - Strawberry Waffle, Fun Fries, Wipped Potato, Salad, Just Strawberry & Strawberry Milk Shake)

 (Fresh Strawberry with Cream pula untuk Qistina & hidung Qistina kena cream)

Lepas melantak strawberry, kami pergi ke pasar di Brinchang untuk membeli makan malam & apa2 yang patut sebab esoknya kami dah nak balik ke Kuala Lumpur... Inilah muka2 yang konon2 sedih nak meninggalkan Cameron Highland pada hari ketiga...

(Ibu2 yang melambai kesedihan ketika meninggalkan tanah tercinta)

(Qistina yang sempt menghabiskan masa terakhir di Cameron di taman permainan depan apartment kami)

Bye bye Cameron Highland. Insya Allah kami akan datang lagi tahun depan, atau hujung tahun ini...

5 comments:

  1. Salam..
    Muka Qistina nih kan.. Macam muka anak abby abadi la..
    comel jek..=)

    ReplyDelete
  2. best pg cameron higland..lama da xpg

    ReplyDelete
  3. AraWani: Yeke? Saya tak pernah tgk rupa anak dia lagi. Apa2pun, terima kasih atas pujian tersebut :)

    muslim: apa lagi, rancang & pergilah. Tapi jangan pergi masa cuti perayaan je :)

    ReplyDelete
  4. bagi cik cameron highland dh x cam dlu..dlu sejuk menggigil

    ReplyDelete
  5. wow! sama la kita! jom tgk daddydian punya cerita dari cameron highlands pulak ;)

    http://daddydian.blogspot.com/2011/01/cerita-di-cameron-highlands.html

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena