Monday, February 28, 2011

Harijadi Qistina ke-3

Semalam ialah harijadi Nur Amira Qistina yang ketiga. Jadi, aku & isteriku membawa birthdaygirl ke Pizza Hut di Jusco Cheras Selatan untuk menyambut harijadinya secara kecil2an kerana minggu depan merupakan majlisnya yang lebih rasmi. Qistina amat teruja sebab dia dah mula asyik menyanyikan lagu harijadi dalam perjalanan ke sana. Setibanya di Jusco Cheras Selatan, kami pergi ke kedai kek di sana untuk membeli kek yang menjadi perhatiannya sejak minggu lepas.

 (Qistina yang gembira sebelum acara memotong kek)

(Acara posing bersama kek kegemaran - The Little Pink)

 (Acara memotong kek yang sangat2 ditunggu Qistina)

(Suapan rasmi oleh Daddy (posisi suapanku tak betul) & Mummy Qistina)

Qistina menjadi perhatian di sana sebab hanya dia seorang sahaja yang menyambut harijadinya walaupun secara kecil2an dan kerana Qistina tak berhenti bercakap dari mula sampai di Pizza Hut.

Betul2 sebelum balik, baru aku perasan yang model lelaki dalam Buku Menu Pizza Hut itu, adalah kawan baikku dari sekolah iaitu Syamael. Ini dah kali kedua dia jadi model untuk Pizza Hut. Tahniah Syamael!

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena