Wednesday, February 02, 2011

Papa's Birthday 2011

Tanggal 25 Jan merupakan harijadi Papa aku yang ke "tidak perlu diberitahu". Hehehe. Kami sekeluarga sepakat (tapi dirancang sepenuhnya oleh adikku, Faizul, untuk buat surprise birthday party secara kecil²an. Walaupun kecil²an, kami mengharap 'acara' ini dapat membuat Papa aku happy kerana kita bukan sentiasa muda. Seperti biasa, cucu² Papa aku yang terlebih gembira sebab dapat bertemu & bermain bersama.


Seperti biasa, Qistina pun nak mengambil bahagian dalam meniup lilin. Dia tak sabar² tunggu lagu Happy Birthday habis dinyanyikan.


Qistina pula adalah antara peminat besar Chocolate Indulgence dari Secret Recipe. Maka dia pun makanlah dengan penuh kenikmatan.

Ini pula gambar bersama 2 cucu kesayangan Papa. Qistina seperti biasa dengan gaya peacenya.



Tunggu bulan depan pula untuk sambutan harijadi Qistina yang jatuh pada 27 Febuari...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena