Saturday, March 12, 2011

Terjumpa Kad RM50 STAR LRT

Seperti biasa aku akan pergi kerja naik STAR LRT ke Masjid Jamek. Pengangkutan terbaik buat masa ini untuk mengelakkan sesak di waktu pagi. Rutin kebiasaan ini bagaimanapun menjadi lain sikit pada hari Jumaat 2 minggu lepas.

Betul2 dalam lebih kurang 100 meter dari pejabat aku, aku terjumpa kad RM50 STAR LRT. Pada mulanya, aku hanya lalu pergi dari kad tersebut tapi aku berhenti seketika selepas itu memikirkan kembali tentang kad itu. Kad itu kalau tiada nilai, pastinya akan 'ditelan' oleh mesin kad itu tapi kenapa ianya ada di tengah2 jalan? Maknanya, pasti ada nilai. Terus aku berpatah balik dan mengambil kad itu tanpa menghiraukan orang lain yang lalu lalang. Hahahaha...

Minggu ini, baru aku mencuba pakai kad itu dan ternyataan sangkaan aku benar. Masih ada baki hampir RM20 didalamnya. Aduh... Rezeki tanpa disangka...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena