Saturday, April 23, 2011

Harijadi Qistina & Aisya di McDonalds Kota Damansara

Bulan lepas, aku dan isteri mengadakan sambutan harijadi Qistina di McDonalds Kota Damansara. Ini baru pertama kali adakan majlis harijadi secara terbuka. Kami tak menjemput ramai orang untuk majlis ini kerana tempat tidak mengizinkan. Tapi senang juga bila buat majlis macam ni kat McDonalds sebab kita tak perlu banyak fikir & taklah penat sangat kerana kebanyakkan pengaturcaraan dilakukan oleh pihak McDonalds sendiri. Dibawah ini adalah gambar di sekitar majlis tersebut.

(Makanan dr McDonalds & kek dari Secret Recipe)

(teman sekerjaku yang sangat akrab)

 

 (para keluargaku yang havoc lagi ceria)
 
(hadiah-hadiah yang sangat mengujakan)

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir untuk menjayakan acara ini, dan tidak juga lupa kepada semua yg memberi hadiah kepada Qistina & juga Aisya (anak saudaraku yang sama tarikh lahir dengan Qistina). Jika ada rezeki, tahun depan kami akan buat lagi.

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena