Monday, April 25, 2011

Qistina di Sukaneka Taska HADA


Pada Sabtu minggu lalu bersamaan 16 April 2011, Taska HADA menganjurkan Sukaneka & Hari Keluarga di Taman Tema Air Desa (Desa Water Park). Satu acara yang sangat bagus kerana ianya dapat mengeratkan ikatan antara kanak-kanak, ibu-bapa dan juga guru-guru taska. Inilah yang aku suka tentang taska ini kerana pemilik taska ini sangat komited dan aktif dalam mengajurkan pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak selain acara Sukaneka ini.

Setibanya di sana, sedang kami menunggu untuk masuk ke Desa Water Park, tetiba hujan lebat turun. Ini yang dikatakan hujan rahmat kerana ianya menyejukkan keadaan & sekurang-kurangnya kami tak kepanasan kerana hari-hari sebelumnya panas membahang je. Ketika di sana, rupa-rupanya Metrojaya juga ada menganjurkan Hari Keluarga mereka.


Dalam Sukaneka Taska HADA kali ini, temanya adalah kartun Spongebob Squarepants. Makanya ada 2 kumpulan iaitu Spongebob (kuning) dan Patrick (merah). Qistina merupakan ahli Patrick!



Ibunya (kakak ipar aku merangkap ibu angkat Qistina) turut hadir untuk memberikan sokongan pada pada Qistina. Dan selepas Sukaneka, mereka tidak melepaskan peluang untuk mandi dalam kolam walaupun dalam keadaan hujan renyai.


Ini pula gambar cikgu adik beradik, cikgu Didi dan cikgu Fifi. Semua cikgu yang hadir sangat sporting dan mesra alam. Ketika ini, mereka sedang menari untuk beberapa lagu antaranya lagi Baik-Baik Sayang. Mereka menari tanpa ada rasa segan silu pun. Untung Taska HADA kerana mempunyai cikgu seperti mereka ini.

1 comments:

  1. wow! bestnya sukan kt desa waterpark.. pas sukan trus terjun dlm air..

    anyway your doter sgt cumel.. dah 3taun kan?

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena