Tuesday, April 26, 2011

Qistina di Sukaneka Taska HADA (Part 2)

Ini adalah sambungan kepada topik semalam tentang Sukaneka Taska HADA. Tapi kali ini banyak gambar tentang Qistina dalam acara sukan yang dianjurkan kerana semalam banyak tentang gambaran Sukaneka sahaja.




Gambar diatas adalah gambar yang kami ambil sebelum acara Sukaneka bermula. Yang kat bawah ni pulak ketika berkumpul untuk acara menari lagu-lagu. Qistina dah mula rasa tersipu-sipu malu macam Daddynya yang sedia pemalu.


Masa ini, Qistina dah mula sedia untuk acara sukannya, acara untuk kanak-kanak berumur 3-4 tahun. Untuk kanak-kanak 3-4 tahun, ada 3 permainan iaitu masukkan gelung dalam kon, lompat dalam gelung & angkat bola keliling kon dan yang terakhir ialah acara susun puzzle (tapi gambar takde).



Dan gambar terakhir dibawah ini adalah ketika acara family. Sepatutnya adalah acara untuk ibu, bapa dan anak tetapi memandangkan isteriku tengah sarat mengandung, maka anak buahku yang tersangat pemalu ini menjadi pengganti.


Ada satu lagu acara menyusun puzzle yang membariskan guru-guru taska HADA melawan para ibu-bapa tapi gambar tiada. Kami sebagai ibu-bapa, nampaknya tetap lebih cekap kerana kami menang! Dengar cerita, tahun lepas juga dimenangi oleh ibu-bapa. Hehehe.

Akhir kata, aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Taska HADA kerana menganjurkan acara yang sangat menarik dan seronok ini.

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena