Thursday, May 05, 2011

Kisah Tauladan Buat Para Isteri

Assalamuailaikum dan salam sejahtera,

Maaf kehadiran email ini. Anda boleh abaikan apa yang mahu saya tuliskan satu luahan seorang wanita yang bergelar isteri dibawah.

Saya Maiziah (bukan nama sebenar). Saya telah bergelar isteri selama 4 tahun dan saya seorang yang berkerjaya. Selama 4 tahun kami telah berkahwin tetapi tiada rezeki kami untuk menimang cahayamata. Saya bukanlah seorang isteri yang sempurna untuk suami saya. Mungkin kerana saya penat setelah pulang kerja, saya jarang melayan suami saya. Saya jarang memasak untuk beliau. Selalunya kami makan diluar. Pernah suami saya meluahkan yang beliau ingin merasa air tangan masakan saya.

Kata suami saya, beliau ingin nak rasa apabila beliau outstation rasa akan rindu masakan saya seperti kita rindu masakan ibu kita. Kata suami saya, beliau bukan minta saya masakkan nasi beriyani ke..nasi ayam ke setiap malam. Sekadar goreng ikan atau masak sardin pun sudah memadai kerana beliau faham akan keletihan selepas pulang dari kerja. Selain dari itu beliau juga meminta saya cuba pakai pakaian yang agak seksi pada waktu malam. Kata beliau sekadar sedap matanya memandang setiap malam. Sudahlah siang tak berjumpa. Waktu malamlah untuk bersama. Saya tak endah pun kata-katanya. Bagi saya waktu malam singkat. Kenapa nak pakai cantik-cantik. Saya balik pukul 7.30pm setiap hari dan tidur pukul 10.00pm. Saya hanya ada 2 jam setengah sahaja.

Lama kelamaan hubungan kami agak dingin. Kami tinggal berjauhan kerana suami saya outstation selama setahun. Walaupun setiap weekend kami selalu berjumpa hubungan kami masih dingin. Sehingga suatu hari saya lihat di facebook beliau skandal beliau dengan seorang perempuan yang masih lagi bujang. Seperti terkena halilintar hati saya ini. Saya teliti akan gambar perempuan tu. Nak kata cantik tidak la sangat tetapi saya lihat dia pandai bergaya.

Bagai luruh hati saya. Macam-macam saya fikir..
Mungkin saya telah tua..
Mungkin juga kerana kami tidak mempunyai cahaya mata membuatkan suami saya cari yang lain..
Tiap-tiap malam saya mengalirkan air mata..
Sehingga suatu hari..suami saya call saya…
Beliau menyatakan hasrat untuk tinggal bersama.
Saya tanyakan kenapa?

Beliau berkata sudah 4 tahun berkahwin selepas tu duduk jauh pula. Anak pun tak de.. Beliau berhasrat untuk berusaha bersama. Minta nasihat dari doctor pakar dan sebagainya. Akhirnya kami pun tinggal bersama.. Saya masih lagi terkenang-kenang tentang skandalnya bersama perempuan itu. Walaupun kami tinggal bersama hati saya masih lagi rasa lukanya. Saya juga lihat perubahan suami saya. Dahulunya dia seorang yang baik dan penyabar. Sekarang beliau seorang yang cepat marah. Saya rasakan mungkin kerana saya tidak setanding dengan perempuan tersebut. Tiba-tiba pada suatu malam suami saya meminta saya memakai baju tidur yang seksi sikit. Dia kata bukan dia minta saya pakai ala-ala macam orang barat tu. Sekadar minta saya memakai gown atau skirt tidur.

Saya teringat apa yang pernah diminta sebelum kami tinggal berjauhan dahulu. Saya pun kata padanya saya akan mencari baju-baju itu nanti. Beliau kata nanti dah dapat claim kat dia. Semasa di pejabat keesokan harinya saya tidak sabar-sabar menunggu waktu lunch untuk pergi mencari baju-baju tidur yang seksi. Waktu lunch itu saya keluar ke Ampang Park untuk mencari baju tidur. Puas saya mencari tetapi tidak jumpa baju tidur yang agak seksi. Sampai di ofis, saya bertanyakan officemate saya mana nak cari baju tidur. Officemate saya tanyakan kepada saya. Saya tak segan ke nak beli baju-baju seksi kat kedai. Saya kata saya segan juga. Kemudian beliau berkata kepada saya..cuba cari kat internet sebab beliau pun beli baju-baju tersebut di internet.

Saya terima nasihat officemate saya tu. Saya surf di internet dan menempah 3 helai baju tidur. 2 helai yang design biasa seperti gown dan sehelai lagi yang agak seksi. Tiga hari kemudian saya menerima baju saya. Tak sabar-sabar rasanya ingin pulang ke rumah menggayakan baju yang telah saya terima itu.

Pulang ke rumah seperti biasa saya kepenatan..
Saya tanyakan kepada suami saya nak makan apa malam ni?
Suami saya kata beliau tak kisah nak makan kat mana.
Saya kata nak saya masakkan?..

Saya nampak muka suami saya agak terkejut. Kemudian beliau tersenyum..ok je kalau nak masak tapi lauk tiada nak masak.. Telur ada la.. Saya cadangkan kepada suami saya untuk memasak nasi goreng. Beliau bersetuju.. Kami makan pada malam di rumah yang jarang-jarang sekali selama 4 tahun saya memasak dan makan di rumah. Saya lihat suami saya berselera makan nasi goreng saya pada malam itu walaupun saya rasa terkurang garam. Selepas makan saya terus mandi dan mengenakan baju yang saya terima tengahari tadi di ofis. Kemudian saya turun ke ruang tamu di bawah untuk menggayakan baju di depan suami saya. Sekali lagi saya lihat wajahnya agak terkejut. Kemudian tersenyum dan berkata.. “Cantiknya isteri abang malam ni…berapa kena claim ni?”..

Kami ketawa bersama..
Sekarang Alhamdulillah hubungan kami semakin mesra dan suami saya sudah tidak marah-marah lagi walaupun saya lihat kadang-kadang beliau cuba menahan kemarahannya. Saya pernah masuk kedalam facebook beliau dan perkara yang mengejutkan saya beliau telah un’friend’ perempuan tersebut.

Dan sekarang saya telah mengandung 2 bulan.
Nasihat saya kepada isteri-isteri diluar.
Masaklah apa sahaja untuk suami anda. Walaupun ikan goreng (suami saya amat sukakan ikan goreng yang saya masak)
Pakailah pakaian yang seksi sedikit untuk suami anda. Tidak salah rasanya untuk berpakaian seksi di depan suami.
Kembalikan kemesraan anda seperti masa anda bercinta dahulu..

Sekian..

Source: http://mspeanutbutterpancake.blogspot.com/2011/04/kisah-untuk-dijadikan-tauladan-buat.html

3 comments:

  1. alamak...mlm ni su kene pakai baju seksi lah ye...tp baju seksi su tu dh tak muat lah..ketat kat perut....mcm mana?? beli baru boleh tak?? nnti su claim ye...hihihi :P

    ReplyDelete
  2. Pakai seksi2 dpn suami
    Jamu mata dia dgn kecantikan
    yang halal...

    ReplyDelete
  3. sy muda 12 tahun dr suami..umo sy 26..blum ada lg..blaja tgi/kj bgus..rupa bole tahan ..taat pd dia..jaga mkn mnum dia..bg duit kat dia...seksi depan dia..jaga aurat..gedik dpn dia..tp lgsg sy x d hargai..dia nak jgk pompuan umo 45 tahun anak 6..zahir batin sy tsiksa sb pmpuan tua yg kaki jantan tu...

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena