Sunday, May 15, 2011

Lagi Tentang Kes Simbah Asid


Akhirnya pada 13 May 2011 (Jumaat), polis telah mempamerkan gambar lakaran suspek kepada kes simbah asid yang hangat diperkatakan di seluruh Malaysia. Gambar lakaran ini telah dilakar berdasarkan kepada maklumat orang ramai tentang kes simbah asid yang hampir berlaku di Desa Pandan dan kes-kes yang sebelumnya.

Suspek dikatakan sedang menunggang Honda EX5 bernombor plet palsu WPV 4963 dan berwarna hitam sambil memegang botol plastik yang tidak bertutup. Suspek telah melarikan diri ketika di Desa Pandan apabila dilihat dan disyaki oleh orang ramai.

Mari kita semua bersama-sama benteras jenayah ini dan tangkap penjenayah terbabit kerana ianya telah membuat hidup kita semua tidak senang. Sila "SHARE" post ini di Facebook, Blog, Twitter dan lain-lain jika anda ingin membantu.

Related Articles: http://www.ninja20.com/2011/05/kes-simbah-asid-oleh-penunggang.html

2 comments:

  1. selagi x ditangkap, sila hati2 kepada kaum hawa...

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena