Wednesday, June 15, 2011

Anonymous Hackers


Ini kisah hangat yang aku dapat dari semalam mengenai penggodaman (hacking) yang bakal dilakukan awal pagi esok (Khamis - 16 June 2011). Dikatakan kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Anonymous akan menggodam laman web kerajaan milik Malaysia (http://www.malaysia.gov.my) pada lebih kurang jam 3.30 pagi (1930 GMT Rabu) dan menggelarnya sebagai Operation Malaysia. Wakil Anonymous berkata aktiviti godam yang bakal dilakukan ini adalah kerana mereka menuduh pihak berkuasa Malaysia penyebab kepada tapisan/sekatan Internet (antaranya 10 laman web perkongsian fail terkemuka dunia). Kenyataan tersebut disebarkan di laman web YouTube (http://www.youtube.com/watch?v=TuHqCERi5ss).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tindakan sewajarnya sedang diambil bagi menghalang cubaan menggodam tersebut. Setakat mana ianya mampu menangkis aktiviti tersebut? Mari kita tunggu dan lihat...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena