Thursday, June 16, 2011

Hacked by Anonymous

Seperti yang telah dijangka, Anonymous telah mengotakan kata mereka dengan menggodam beberapa laman web milik Malaysia. Anonymous telah berjaya menggodam dengan senang kerana ianya tidak mengambil masa yang lama untuk mereka lakukannya. Sehingga kini, antara laman web yang dideface ialah:



Sumber juga mengatakan KRU Studios telah 'menutup' akses ke laman tersebut bagi mengelakkan dari menjadi sasaran penggodam sejak dari semalam.

Malaysia.gov.my pada awalnya telah diserang dengan DDoS dan kemudiannya laman web tersebut telah ditutup bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk terjadi.



Laman web UiTM Pulau Pinang, Jabatan Kebajikan Masyarakat & http://www.tourmalaysia.com.my/ pula telah diserang awal dari jangkaan tetapi dilakukan oleh Dragon Force, RileksCrew & Kambeng Merah.

Di Twitter pula, @AnonMalaysia (akaun milik Anonymous) mengatakan bahawa mereka berjaya deface sekurang-kurangnya 27 website milik Malaysia tetapi tidak dinyatakan laman web tersebut.
Sabah Tourism telah dikenalpasti antara yang terawal digodam. Untuk mengeruhkan keadaan, sejumlah 3400 akaun telah di'curi' dan dipaparkan untuk tontonan umum. Data yang dipertontonkan adalah hanya 392 akaun berupa alamat email dan password.

Info Tambahan: Anonymous telah mula giat semenjak kes WikiLeaks yang mana mereka menyokong langkah WikiLeaks. Akibat dari itu, Anonymous telah menyerang laman web MasterCard, Visa, Amazon & Paypal (yang merupakan anti-WikiLeaks). Anonymous juga dituduh menyerang Sony PlayStation tetapi wakil Anonymous menafikannya.

1 comments:

  1. tp rasanya 2-3 website je yg masih down... yg lain mcm dah ok je

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena