Wednesday, June 08, 2011

Kecemasan kecemasan...

Ni kes kecemasan pagi semalam yang mana ianya bermula pada hari Sabtu. Sabtu pagi lepas, isteriku mengadu macam turun air tapi hanya sikit (sebesar tapak tangan). Aku menyuruh isteriku pantau hingga hari esoknya (Isnin). Esoknya, masih sama & masih ada turun air. Maka kami terus ke klinik pada malamnya untuk dapatkan kepastian dari pakar. Doktor periksa dan mengatakan bayi normal tetapi dia mengesyaki MUNGKIN ada kebocoran air ketuban di bahagian atas. Doktor benarkan kami balik dan beri kami surat rujukan andainya diperlukan untuk esoknya supaya buat pemeriksaan penuh di hospital.

Pagi hari Selasa, isteriku mengadu masih ada turun air dan aku segera ambil EL dan terus menghantarnya ke hospital. Doktor membuat pemeriksaan penuh dan akhirnya mengesahkan bahawa cecair tersebut bukan dari air ketuban, ianya hanya discaj biasa tapi perlu dipantau agar ianya tidak melarat. Aku dan isteri menarik nafas lega kerana rupa2nya ianya hanya false alarm. Kami takut sebab ingatkan dah nak kena bersalin dah. Hehehe.

Kepada semua ibu mengandung, jika anda ada turun air walaupun sikit, sila terus buat pemeriksaan doktor tanpa tangguh2. Itu nasihat dari doktor dan nurse yang kami jumpa...

2 comments:

  1. mmg kecemasan! betul tue...sebarang tanda kena rujuk ke klinik ataw spital serta merta. jgn la nak bertangguh. ia melibatkan nyawa 2 org yg kita sayang!

    p/s: takutnye... walaupun kina bersalin bulan 11, rasa takut nak bersalin tue dah mula berada dlm hati. adessss....

    ReplyDelete
  2. ye pojie...segala kemungkinan boleh berlaku..jgn amik ringan perkara² ni....anyway jgn lupa update ye bila dah selamat :)

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena