Tuesday, July 12, 2011

Cahaya Mataku Yang Kedua

 

11.7.11 merupakan tarikh sejarah buat diriku & isteriku lagi. Pada jam 1.41PM, isteriku telah melahirkan seorang anak perempuan seberat 4.6kg (YA, 4.6kg!) secara Cesarean.

Kisahnya begini... 11 Julai ialah tarikh terakhir check up buat isteriku kerana due date sepatutnya pada 7.7.11. Tapi malangnya hingga 11.7.11, tiada tanda seperti turun air atau turun darah. Ketika scan, doktor mengatakan bayiku dijangka seberat 3.8kg. Setelah doktor meminta nasihat doktor pakar, mereka mengatakan jika lahir secara normal, ada risiko untuk bayi patah bahu/tangan atau urat di bahu akan rosak. Maka, mereka mencadangkan untuk terus buat Caserean untuk mengelak dari risiko tersebut.

Apa-apapun, tahniah kepada isteriku kerana berjaya mengharungi dugaan mengandung hinggalah ke dugaan menghadapi pembedahan. Sekali keluar, 4.6kg la pulak! Siap nurse pun kata "Tahniah sebab anak encik ni yang terbesar untuk hari ini. Dia champion!". Tergelak aku masa nurse cakap camni. Hihihi.


4 comments:

  1. Baby champion... Hahaha.... So cute... Sebijik cam u farid...

    ReplyDelete
  2. ala... cum-mellnyee dieee... congrats bro... :)

    ReplyDelete
  3. tahniah pojie! comel sungguh! xkisahlah operate ke normal ke janji sihat dan selamat...

    salam utk sue n congrats again!

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena