Sunday, July 31, 2011

Malaysia vs Singapura


Baru-baru ini, berlangsung perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura. Singapura telah melayakkan diri atas kemenangan agregat 6-4. Tahniah diucapkan kepada Singapura. Tahniah juga diucapkan kepada pemain-pemain Malaysia terutamanya Safee Sali dan Khairul Fahmi (Apek) kerana menaikkan nama Malaysia di arena bola sepak dan menaikkan semangat penyokong bola sepak di Malaysia. Walau bagaimanapun, Datuk K. Rajagobal patut merombak taktik atau pemain pertahanan Malaysia kerana antara punca besar kekalahan dan bolos, adalah kerana kerapuhan pertahanan Malaysia.

Kembali kepada perlawanan kontroversi antara Malaysia dan Singapura, ramai yang tidak puas hati kerana Singapura banyak menampilkan 5 pemain import seperti Qiu Li & Shi Jiayi (China), Daniel Bennett (England), Mustafic Fahrudin (Serbia) dan Aleksandar Duric (Bosnia). Avramovic bagaimanapun tidak menyenaraikan lagi 2 pemain Nigeria seperti Agu Casmir dan Precious Emuejeraya yang pernah beraksi pada Piala Suzuki AFF 2010.

Brendan Gan

Tadashi Takeda

Tam Sheang Tsung

Titus James Palani

Malaysia juga mempunyai pemain luar yang mempunyai kerakyatan Malaysia yang juga beraksi di liga luar negara seperti Titus James Palani , Tam Sheang Tsung, Brendan Gan dan Tadashi Takeda, cuma kita lebih pentingkan pemain dalam negara.

2 comments:

  1. rasanya malaysia patut menghargai star malaysian yg diluar so diorg ada perasaan nak main kat mesia one day.. tsk.. whyyyy kalah???

    ReplyDelete
  2. FAM jgn pentingkan diri

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena