Wednesday, January 25, 2012

Birthday Isteriku 2012


Tanggal 17 Januari ialah harijadi isteriku. Maka aku dah rancang beberapa kejutan utk beliau.

Seawal 6.00 pagi, krew Sinar Pagi (Sinar FM) - Salih Yaakob (SY), Kak Engku (KE) & Khairil Rashid (Krill) telah membuat panggilan kejutan dan menyanyikan lagu harijadi pada dia. Menjerit gaklah isteriku pagi tu lepas letak phone. Hehehe. Bila dia sampai ke sekolah, semua cikgu dok bercerita tentang terdengar dia dikejutkan oleh krew Sinar Pagi tu. Hehehe.

Kejutan kedua, berlaku betul-betul sebelum dia balik dari sekolah. Macam kebanyakkan suami lain, aku menghantar sejambak bunga ke sekolah dia. Sekali lagi, jadi buah mulut rakan-rakan di sekolahnya. Isteriku kata dia malu sebab jambangan bunga tu besar sangat. Gambar bunga tu, ada kat atas tu. Hehe.

Kejutan ketiga berlaku apabila dia balik rumah sebab tak lama lepas itu, aku tiba dirumah. Aku amik halfday untuk bawa dia keluar berjalan-jalan. Jalan-jalan untuk kejutan ke-empat. Apakah kejutan itu? Sila lihat gambar di bawah...


Yer, hadiahnya ialah Galaxy Tab 10.1 yang asyik menjadi sebutan. Hehe. Maka, tamatlah kejutan untuk harijadinya. Akhir sekali, kami makan sekeluarga di Secret Recipe sebagai pengakhiran jalan cerita. Huhuhu.

Sekali lagi, ku ingin ucapkan - Selamat Harijadi Ayang. I Love You!

1 comments:

  1. Amboiii romatiknya ah chong. Bertuah sue.. Hepi besday sue... :-)

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena