Thursday, February 09, 2012

Mata Wang Baru


Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan siri mata wang baharu yang menerapkan keunikan Malaysia dari segi warisan, budaya & khazanah alam disamping meningkatkan ciri-ciri keselamatan.

Wang siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk pembuatan wang kertas RM1 & RM5 manakala selebihnya menggunakan kertas. Antara ciri-ciri lain adalah permukaan wang yang membolehkan individu yang mempunyai masalah penglihatan mengenalpasti dan membezakan denominasi.

Wang kertas siri baharu dijangka akan disediakan pada separuh kedua 2012 (RM50 baharu sudah berada di pasaran), manakala wang syiling baharu telah diedarkan pada Januari lepas.



0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena