Tuesday, August 14, 2012

Lanjutan kepada kelas Premium Beautiful B32

Semasa di dalam kelas tersebut, aku sempat bertemu dengan insan² yang menjadi sumber inspirasi & mentor kepada isteriku - Hanis Haizi & Effareeza. Malangnya tak sempat berjumpa ketua kepada isteriku - Azy. Walau apa²pun, aku ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana tanpa mereka ini, motivasi isteriku takkan menjadi setinggi ini.


Semalam, semasa di kelas Premium Beautiful, aku berjaya mengambil beberapa tips yang aku rasa amat berpatutan dalam kehidupan seharian kita semua. Antaranya:

1. Rezeki
    • Sebagaimana di dalam sebuah hadith dhaif mengatakan 9 dari 10 rezeki kita datangnya dari perniagaan. Maka yang 1 per 10 itu, datang dari mana? Mari kita lihat punca lain utk mendapat rezeki (haram & halal) - Makan Gaji / Ambil Upah, Mendapat Sedekah & Mencuri.
    • Nabi Muhammad s.a.w. pada ketika usia mudanya juga berniaga.
    • Apa yang memusykilkan ialah kenapa ramai yang tahu terutamanya umat Islam bahawa 9 dari 10 sumber rezeki datang dari perniagaan, tetapi terlalu sedikit yang berniaga. Data jumlah kegagalan dengan nisbah sumber rezeki barangkali merupakan faktor utama kenapa ramai yang lebih suka makan gaji. Jadi, marilah kita sama² fikirkan.
2. Doa Dimakbulkan
    • Setiap hari, kita pasti akan berdoa agar dipermudahkan rezeki atas dimurahkan rezeki. Dalam kita tak tahu, doa itu sudah dimakbulkan. Rezeki datang depan kita dalam pelbagai bentuk, cuma keputusan adalah di dalam tangan kita - sama ada mahu mengambil peluang tersebut atau tidak.
3. Pengorbanan Demi Masa Depan
    • Adalah susah untuk menjadi senang & adalah senang untuk jadi susah. Untuk menjadi senang pada masa hadapan, kita perlu korban sedikit pada masa sekarang - samada duit & masa. Tetapi selepas 2-3 tahun, kita pasti tidak akan menyesal dengan pengorbanan yg sedikit itu kerana ianya pasti berbaloi. Berbaloi kerana kita akan ada lebih masa untuk keluarga & kengkawan & lebih duit untuk diri sendiri dan keluarga. Jadi, mahukah kita mengorbankan 2-3 tahun untuk kesenangan pada baki tahun² yang lain?
4. Mengejar Impian?
    • Apakah impian anda - Rumah selesa, kereta selesa, dapat berbelanja lebih, tiada hutang, dapat melancong (selain umrah & haji)? Sebenarnya, adalah sukar untuk kita dapat capai semua impian kita itu jika kita hanya makan gaji & adakalanya, kita terpaksa bekerja lebih masa dan lebih memilukan apabila kita terpaksa buat kerja part time lain. Dengan makan gaji, kita hanya memenuhi impian orang atasan, tapi bukan kita.
Setakat ini, itu sahaja yg dapat aku ulaskan. Bak kata kawan² saya pada masa lalu - tak salah untuk kita makan gaji, tapi sampai bila?

1 comments:

  1. Business mana2 pon bagus..OK..yang penting usaha & juga kene MAHU.. chaiyok!

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena