Saturday, August 11, 2012

Oh My Gucci!

Semalam, setelah kepenatan balik dari kerja, sesampainya aku di rumah, aku dikejutkan dengan pemberian hadiah surprise oleh isteriku. Katanya, aku selalu memberi kejutan pada dia & buat dia happy. So, sampai masanya dia pula 'balas' kejutan kepadaku. Nampak tak kat atas tu, itulah hadiahnya - Gucci Guilty Intense!

Sedap baunya bila aku sembur. Dah plak tu aku hanya sembur sekali je, baunya kuat & tahan lama. Sampai skrg ni masih berbau. Hehehe.

Rupa²nya isteriku dah update ke Facebook awal² tentang hadiah ini. Dia pulak tau yang aku jarang check Facebook waktu kerja. Kawan² baikku pulak dah tau sebab mereka online Facebook, mereka pun ikut sama berkomplot untuk tidak memberitahu. Salah sorang kawan baikku, Nadiya plak, dok asyik dalam WhatApp dok sebut OhMyGucci OhMyGucci. Rupa²nya dia nak bagi klu. Hehehe. Jahat yer korang.

Apa²pun, terima kasih kepada isteriku diatas kejutan ini.


0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena