Monday, August 13, 2012

Sehari di kelas Premium Beautiful B32

Selama ini, aku hanya dengar isteriku bercerita kepadaku dengan penuh keyakinan. Dan 2 hari lepas, aku mengambil keputusan untuk pergi dan dengar & mengalaminya sendiri.

Seronok semalam sebab ikut isteri ke kelas Premium Beautiful business dia di Batu Caves. Aku juga agak teruja dan terkejut apabila dapat tau seorang Senior GM kepada sebuah syarikat gergasi di Malaysia, sanggup berhenti kerja sebab nampak masa hadapan business itu yang cerah (perniagaan yang isteriku sedang ceburi). Bayangkan, orang yg memang dah confirm² ada gaji 5 digit, berhenti dari kerja sepenuh masa beliau. Selepas 1 tahun (dari 2011), beliau berjaya mendapat pangkat paling tinggi di dalam business Premium Beautiful tersebut dan semalam adalah pengumuman rasminya.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa doktor, engineer, pensyarah dan golongan² elite lain yang ikut sama. Dan melihat mereka semuanya berjaya dalam 1-3 tahun, membuatkan aku teruja. Kalau mereka² yang elite & golongan gaji 5 digit ini boleh ambil peluang, kenapa tidak kita? Aku bercakap begini bukan kerana pergi ke kelas semalam itu sahaja, tetapi kerana aku nampak bukti mereka. Bukti profil sebelum & bukti selepas mereka masuk business ini - bilamana mereka muncul dalam majalah² & rancangan TV terkemuka spt Personal Money, The Edge dan lelain.

Ramai kengkawan & family aku tau yang aku ni jenis sangat berkira bila bab pakai duit. Malah sebelum ini, dah banyak kali aku reject permohonan isteriku untuk menceburkan diri dalam perniagaan sebegini. Tapi setelah buat banyak penyelidikan selama beberapa bulan & setelah menyuruh isteriku terangkan dan meyakinkan aku, maka sekarang, aku dah dengan rasminya memberi kebenaran & restu kepada isteriku untuk teruskan perniagaan ini & suruh dia berusaha bersungguh².

Di sini, aku ingin ucapkan Good Luck, Semoga Berjaya & Berusahalah Bersungguh² buat isteriku...


0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena