Wednesday, October 24, 2012

Keputusan Qistina Membanggakan!

Baru² ini, tadika Qistina menganjurkan hari bertemu ibu bapa untuk memberitahu para ibu bapa tentang prestasi anak masing² dalam semester kedua pembelajaran (Jun - Okt 2012). Macam biasa, kami sekeluarga akan terlebih gembira dan bersiap awal sebab kami suka sarapan dulu sebelum pergi.


Maka pada pagi tu, Qistina request nak makan roti canai. Selepas bersarapan, kami terus ke Tadika Tunas Harmoni dan seperti biasa, kami antara keluarga terawal sampai di sana.

Okay, let's cut the story short. Syukur alhamdulillah, kami amat berbangga dengan keputusan Qistina di Tadika. Dia telah ditempatkan di kelas 5 tahun pada semester kedua ini walaupun dia baru berumur 4 tahun kerana dia telah berjaya menghabiskan semua buku & pelajaran 4 tahun pada semester pertama. Mengikut kata Pengetuanya, Qistina berjaya berada di kedudukan antara ke-3 teratas dalam kelas 5 tahun tersebut.

Kami amat bersyukur kerana berkat usaha kami suami isteri terbayar. Pengorbanan yang kami lakukan, pengorbanan isteriku yang sentiasa sediakan waktu sekurang²nya 15 minit sehari untuk teman & ulangkaji bersama Qistina nyata membuahkan hasilnya.

Semua ini pasti takkan berlaku jika kita hanya mengharapkan satu pihak sahaja yang bertanggungjawab dalam menentukan kecemerlangan anak dalam pembelajarannya. Itu adalah kata² yang aku petik dari Pengetua tadika dan kami amat bersetuju dengan pernyataan itu. Walaupun isteriku adalah cikgu, tapi beliau adalah cikgu SM dan pengajaran SM berbanding dengan kanak² adalah jauh berbeza.


Walau apa² pun, tahniah & terima kasih Qistina atas keputusan ini. Mummy Daddy berharap Nana dapat berjaya dunia akhirat. Alhamdulillah...

2 comments:

  1. Bila ek? Alamak. Saya terlepas pandang ke ni? Huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Kalau tak silap, pd 20 Oct 2012 (Sabtu). Mesti terlepas pandang la ni sebab cikgu ada tampal notis & bagi surat pekeliling tentang itu.

    ReplyDelete

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena