Saturday, November 10, 2012

Graduasi & Persembahan Qistina

Ahad minggu lepas (4 November 2012), Tadika Tunas Harmoni mengadakan Hari Graduasi & Persembahan. Qistina yang memang melibatkan diri sejak dia berumur 3 tahun, sangat menantikan saat ini. Saya pula, agak cuak sebab dilantik sebagai Perasmi Majlis (wakil ibu bapa).


Mummy (ibuku) juga turut hadir untuk memeriahkan suasana kami sekeluarga. Saya amat gembira sebab Mummy dapat berkongsi keceriaan dan dapat melihat cucunya buat persembahan dan dapat sijil atas kecemerlangannya.


Nasib baik ada isteri yang baik hati kerana menawarkan diri untuk menyediakan teks untuk ucapan sebelum merasmikan majlis. Hehehe. Saya juga dijemput untuk menyampaikan sijil & hadiah kepada semua peserta & para graduasi (termasuk Qistina).


Inilah saat yang kami tunggu², penghargaan kepada Qistina kerana berjaya menghabiskan kesemua 8 edisi Read Easy & Bacalah Anakku pada umur 4 tahun 6 bulan. Alhamdulillah, berkat usaha kami terbayar bila melihat ini.


Akhir sekali, gambar semua peserta & para graduasi.

TAHNIAH NANA!
MUMMY & DADDY BANGGA DENGAN NANA!

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena