Sunday, December 02, 2012

Konsert Ulangtahun Hai-O ke-20 (Part 1)


Pada 24 Nov 2012 (Sabtu) lepas, berlangsungnya konsert Ulangtahun Hai-O Marketing yg ke-20 di Stadium Malawati, Shah Alam. Majlisnya amatlah meriah kerana ianya dihadiri ribuan usahawan dari seluruh Malaysia, dan dimeriahkan lagi dengan kemunculan 2 artis terkemuka negara - Dayang Nurfaizah dan Shila Amzah (juara Asian Wave 2012 di Shanghai).


Kami sampai agak awal, maka dapatlah tangkap gambar sekitar persiapan untuk majlis tersebut. Barisan kerusi dibawah itu disediakan khas buat usahawan jutawan (CDM) Hai-O. Kereta Preve di sebelah kanan tu pula untuk cabutan bertuah - Grand Prize.

 (perarakan masuk Pengurus Besar Hai-O bersama Dato Seri Ismail Sabri Yaakob)


Majlis kemudiannya diteruskan dengan 'pertabalan' 35 Usahawan Jutawan (CDM) baru untuk tahun ini. Ini bukan pertabalan rasmi lagi kerana majlis sebenarnya akan diadakan pada Diamond Night yang mana mereka akan disambut secara gahnya & lebih meriah dari ini.

(35 CDM baru menerima pengiktirafan)

Disebabkan ada banyak lagi gambar, maka saya akan upload dan ceritakan dientry seterusnya. Nantikan yer...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena