Thursday, September 26, 2013

Bini Mat Yo bertindak kurang ajar!

Bebaru ini, Malaysia dikejutkan dengan cerita pertengkaran kurang ajar & aksi marah oleh isteri kepada Mat Yo (lebih dikenali sebagai Norshahrul Idlan Talaha), seorang pemain bola sepak terkenal & termahal di Malaysia, dengan seorang pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Subang yang berlaku pada 12 September 2013.

Pengawal tersebut, Azman Mohd Nayan, hanya menjalankan tugas di Lapangan Terbang Subang Skypark itu menegur kesalahan pasangan berkenaan dan tidak menyangka teguran keatas pasangan itu dibalas dengan reaksi negatif oleh isteri Mat Yo. Dalam rakaman video tersebut, isteri Mat Yo telah melemparkan beberapa kata-kata kesat seperti "bodoh" dan "jantan dayus" disamping menendang pengawal keselamatan itu. Mat Yo pula dikatakan menolak pengawal keselamatan tersebut beberapa kali sebelum isterinya keluar menendangnya.

Video asal itu telah dimuatnaik oleh isteri Mat Yo (Shahrul Aisya) untuk memalukan dan tunjuk kepada orang ramai tentang sikap buruk pengawal keselamatan tersebut pada mulanya. Tetapi tanpa disedari, tindakan isteri Mat Yo itu adalah lebih buruk dan tidak beretika serta tidak menghormati orang tua. Malangnya, tindakan isteri Mat Yo telah 'backfire' dan memalukan diri sendiri.


Susulan itu, dikatakan Mat Yo dan isteri telah membuat mohon maaf secara terbuka mengenai kes tersebut. Alhamdulillah.

Moral of the story: Jagalah etika & berbudi bahasa adalah cara terbaik dalam kehidupan. Diharap 'kisah' ini akan merubah cara Mat Yo & isterinya serta semua yang lain.

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena