Saturday, September 14, 2013

RTM dan isu Polis Raja Di Malaysia

Pada hari Selasa lalu, negara dikejutkan dengan isu kekhilafan pada logo PDRM. Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendapat malu besar apabila tersilap siar logo PDRM yang sepatutnya tertulis Polis Diraja Malaysia dengan Polis Raja Di Malaysia.

Pihak RTM telah bertindak pantas dengan menggantung & membuang individu yang terlibat dalam insiden tersebut. RTM memandang serius perkara itu sebuah laporan polis telah dibuat bagi memulihkan imej mereka.

Permohonan maaf telah dibuat dalam Berita Nasional 12 tengah malam dan surat rasmi mohon maaf juga telah dihantar kepada Ketua Polis Negara. Sehubungan dengan itu, satu jawatankuasa tata tertib telah bersidang pada hari Rabu untuk meneliti tindakan lanjut yang akan dilaksanakan.


[Source: Agendadaily.com]

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena