Thursday, January 30, 2014

Lilin



Ada seorang gadis menyewa rumah bersebelahan dengan rumah seorang ibu miskin dengan 2 anak. Satu malam tiba-tiba bekalan elektrik terputus & dgn bantuan cahaya handphonenya gadis itu ke dapur mahu mengambil lilin. Tiba-tiba terdengar ketukan di pintu. Ternyata seorang anak miskin dari sebelah rumah!

Anak itu bertanya dengan risau: "Kakak, ada lilin tidak?"
Gadis itu berfikir: "JANGAN PINJAMKAN" nanti jadi satu kebiasaan utk terus-terusan meminta-minta.
Maka si gadis menjawab: "TIDAK ADA!!"

Lalu si anak miskin berkata riang dengan mata bersinar gembira: "Saya sudah agak kakak tidak ada lilin, ini ada 2 lilin saya bawakan untuk kakak. Kami khuatir kerana kakak tinggal sendirian dan tidak ada lilin."

Si gadis merenung lilin di tangan anak kecil itu. Ternyata lilin tersebut hasil dari campuran sisa-sisa lilin yang dikumpul. Mengerutu tetapi diyakini boleh digunakan.

Si gadis merasa bersalah, dalam linangan air mata, dia memeluk anak kecil itu erat-erat. Sambil bergema raungan di hati si gadis melihat ketulusan si kecil. Jangan menilai keburukan orang lain hanya kerana mereka kelihatan MISKIN.

Ingat! Kekayaan tidak bergantung seberapa banyak yg kita PUNYA, tetapi seberapa yg kita MAMPU untuk BAHAGI kepada mereka yang TIDAK MAMPU. Miskin bukan bererti tidak PUNYA APA-APA dan KAYA bukan bererti PUNYA SEGALANYA. Kaya jiwa lebih baik dari kaya harta...

0 comments:

Post a Comment

© 1998 NINJA20 v2.5, All Rights Reserved. Powered by Blogger

Designed by ScreenWritersArena